SHOULD READ TIZ!!!

Thursday, July 18, 2013

NUKILAN DARI DIA YANG KAU GELAR ISTERI

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah & Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand"

Asslamualaikum & Hey All..
Rasenye, mesti semua dah tahu pasal kekecohan rumahtangga Asyraf Muslim tuh kan? Walaupun bulan puase & tak elok bercerita hal orang lain apetah lagi masalah rumahtangga ai mohon maaf sangat-sangat sebab tahap emosi berlebihan!

Aku sangat merasakan nukilan 1st wife die ni memang hentam die cukop-cukop. Tapi ape pun nasik da jadi bubur! Takkan nak ceraikan yang second pulak kan?? Kalau la betul isu anak yang dipersoalkan, itu memang alasan melampau untuk lelaki kawen lain OK! Takde yang tidak melainkan GATAL MERENYAM! Jangan pandang kelemahan pade isteri semate-mate berkaitan isu anak ni. Semua tuh ketentuan Ilahi. Waktu mule-mule nak kawen dulu pon dah tentu-tentu kehendak Ilahi. Kenapa menidakkan yang batil??

Aku share kan antara nukilan pedih dari dayana kat FB die..


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..


Sebagai seorang perempuan & isteri aku doakan Dayana banyak bersabar dengan dugaan dari Ilahi ni. Semoga rumahtangga yang dibina atas keikhlasan kasih sayang dan cinta ni berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sorry takde cerita pasal puasa.
Till Later..Bye!

No comments: